Maklumat yang dikumpulkan
Laman web ini tidak menyimpan borang appointment atau rekod pesakit. Apabila anda memilih WhatsApp, panggilan telefon, email atau directions, anda akan menggunakan aplikasi atau perkhidmatan berkaitan. Elakkan menghantar sejarah perubatan terperinci, NRIC/passport atau maklumat kesihatan sensitif melalui pertanyaan umum.
Tujuan penggunaan
Maklumat yang anda berikan secara terus kepada klinik boleh digunakan untuk menjawab pertanyaan, mengatur appointment, mengesahkan servis atau menyediakan arahan yang relevan.
Tracking laman web
Sebarang pengukuran laman web hendaklah terhad kepada interaksi bukan sensitif seperti klik WhatsApp, Call dan Directions. Maklumat kesihatan peribadi tidak digunakan untuk tujuan pemasaran laman web.
Retention dan hak anda
Maklumat disimpan hanya selama yang diperlukan untuk tujuan pertanyaan dan keperluan undang-undang berkaitan. Untuk pertanyaan privasi atau permintaan berkaitan data anda, hubungi medikasehealth21@gmail.com atau telefon 06-631 1800.
